Gagal Capai Sasaran, Majikan Paksa Makan Cacing!


Di wilayah Hanzhong, China, syarikat Shaanxi didakwa menghukum pekerja dengan memaksa mereka makan cacing hidup jika tidak berjaya mencapai sasaran jualan.

Menurut laporan Shanghaiist, seorang pekerja membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang kejadian tersebut.

Menurut laporan, orang atasan syarikat terbabit bertemu dengan pekerja dan membawa beg yang dipenuhi dengan cacing hidup, penyepit kayu, cawan serta beberapa botol arak.

Mereka diberi amaran, jika gagal untuk mencapai sasaran jualan, mereka akan dipanggil dan dipaksa untuk makan cacing hidup.

mealworms_punishment

Laporan juga mendedahkan, 6 orang pekerja dan seorang wanita hamil pernah dihukum sebelum ini.

Mereka di paksa makan 4 cacing untuk setiap satu pelanggan yang mereka gagal dapatkan.Bukan itu saja, mereka juga dipaksa makan sotong hidup dan semut.

Majikan syarikat tersebut mempertahankan tindakannya dengan mendakwa, pekerjanya sudah bersetuju untuk menerima hukuman tersebut jika mereka gagal dengan tujuan untuk meningkatkan produktiviti.



Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Mangsa sebenarnya tidak terjun jambatan??.

Download

Related Posts :