Mengakui kelahiran cahaya mata sulungnya memberi semangat baru dalam kehidupan, Fahrin Ahmad dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa kehidupannya kini bagaikan lengkap selepas bergelar bapa.
BACA: Fahrin Ahmad Belajar Teknik Jaga Bayi Di Youtube
“Secara keseluruhannya, anak kami menjadi cahaya dan memberikan semangat baharu dalam hidup. Memang kehadirannya banyak mengubah corak hidup saya. Perubahan itu pula sebahagiannya bagai boleh dijangka apabila ia berlaku seiring dengan kematangan usia”
“Apabila semakin dewasa, kita juga bersedia untuk berubah, termasuk menggalas amanah sebagai bapa. Saya kini turut melalui pengalaman merindui anak di rumah apabila keluar bekerja atau berjauhan dengannya”
“Betullah kata orang, perasaan itu akan menjelma apabila kita memiliki zuriat, tidak kiralah bagi mereka yang baru menjadi ayah atau sebaliknya. “Bukan hanya terhadap anak, malah ingatan kepada isteri semakin terasa,” katanya kepada BH Online.
Sementara itu, Fahrin juga sedang mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis akikah untuk Khalifa Fahrel. Apa pun, semoga Fahrin, anak dan juga isteri sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa. (rtky/s)