
Aku ni skeptikal sikit. Tak kisahlah orang nak cakap aku jahat, berprasangka buruk, atau hati hitam. Tadi aku share video SM Faizal ambik anak dari isteri dia dalam mahkamah.
SM Faizal buat macam tu sebab itu arahan mahkamah. Dia yang dapat hak jagaan anak. Bukan si bekas isteri. Itu mahkamah tentukan. Bukan sesaja dia nak ambik. Jadi aku hairan kenapa orang nak cakap SM Faizal ni zalim. Kalau semua benda dah dipersetujui, terima sajalah dengan redha dan rela hati.
Ada yang kesian sebab anak tu menangis. Akak-akak, bebudak ni nangis kejap je. Besok-besok dah dapat Playstation 4, dapat iPhone 7+, tak nangis dah. Dah besor nanti dapat drive Lamborghini Aventador, takde dah nak sedih. Bapak dia tokey kereta kot. Kaya nak mampes. Apa busuk betul hati korang ni tak mau budak hidup dengan bapanya yang mewah. Biarlah dia nak menangis meronta guling-guling dulu pun. Dah namanya bebudak. Bebudak ni ais krim jatuh pun nangis.
Itu keputusan mahkamah. Ada yang kabor mahkamah syariah tak adil. Dalam kes macam ni lazimnya mahkamah akan beri 80% kemenangan kepada si ibu tapi kalau si ibu tak mampu bagi bukti yang dia mampu jaga anak, mahkamah terpaksalah bagi dekat si bapa. Mahkamah ada jugak Majlis Sulh untuk bincang hal-hal pasca perceraian berkaitan kepentingan anak macam lawatan, giliran jagaan, dan lain-lain. Tak tau Majlis Sulh? Korang ni dulu kawin koboi ke? Tak kursus dulu?
Jadi aku syak bekas bini dia mesti ada buat benda tak best hingga mahkamah beri hak jagaan dekat SM Faizal. Mahkamah bukannya bodoh senang-senang nak bagi dekat bapak. Ada la tu sebab dia. Entah-entah ada masalah mental. Lepas tu bekas bini dia raih simpati orang ramai dengan menangis depan talipon sambil peluk anak. Standard drama Melayu la. Aku tak termakan modal air mata ni. Nak lembutkan hati insan serangga berminda kecil macam korang, boleh la. Emosional.
Ni aku dengar bebudak tu akan duk dengan mak dia dah. Tak tau la deme setel macam mana. Aku syak SM Faizal dah buat agreement takkan bagi nafkah kalau bebudak tu pi duk dengan mak dia. Biar bekas bini dia rasa bersalah. Mahkamah dah buat yang terbaik kot untuk anak-anak dia. Lepas ni kalau bini dia meroyan macam Rita Rudaini sebab tak dapat nafkah (tapi gatal nak jaga), aku akan maki hamun cecukup.
Duk pikir orang sekeliling ni keje nak jaga perasaan dia aje. Kalau nak pentingkan perasaan dan naluri, tak payah la ada undang-undang. Buat je semua benda ikut perasaan.

Related Posts :
'Kau Memang Anak Yang Celaka & Tak Guna!' - IbuAku ada seorang abang, abang yang menjadi anak kesayangan, kebanggaan dan harapan ibu suatu masa dulu. Memang aku sendiri mengakui bahawa ab… Read More...
(video Tutorial) Dalam Hanya 2 Jam, Anda Sudah Boleh Menghilangkan Kesan Retak Pada Cermin Kereta, Ikuti Tips Mudah Ini Untuk MelakukannyaBila mana memandu di jalan yang tidak rata, atau berbatu, mahu pun ketika mengekori di belakang lori yang membawa muatan batu kecil, su… Read More...
Didoakan ‘Dihumbankan Dalam Neraka’, Ini Respon Pembaca Berita Terkenal, Izwan AzirAnda pasti kenal pembaca berita dari salah satu syarikat penyiaran terkenal Malaysia iaitu Izwan Azir ni. Dia salah seorang pembaca berita y… Read More...
Sebarkan Kepada Semua!! Bagaimana Untuk Melepaskan Diri Dari Kereta Yang Ditenggelami Air, Ikuti Langkah Ini Anda Boleh Menyelamatkan Diri Dan Orang TersayangJika berlaku kemalangan, sudah pasti ianya amat membimbangkan, bukan sahaja risau akan kecederaan diri, tetapi juga bagaimana untuk menyelam… Read More...
'I Love You...' - Bayi Ditemui Dalam Masjid Bersama Satu Nota Dari Ibu & Anak Patung, Ditemui Kira-Kira Jam 7 Malam TadiKuala Lumpur, 21 Nov - Beberapa keping foto yang merakamkan seorang bayi ditinggalkan di sebuah masjid tersebar di media sosial.Difahamkan, … Read More...