Sebelum ini, jenama fesyen terkenal, Balenciaga pernah menjadi bahan jenaka apabila peraga koleksi musim bunga/panas 2017 dengan memperkenalkan beg tangan bersaiz jumbo seperti ‘beg toto’.
Kali ini pula, beg terbaru keluaran mereka disamakan dengan alas kaki yang mudah didapati di negara Asia.
Apa yang pasti, beg tangan tersebut menjadi trend terkini di Amerika Syarikat.
Jenis kain dan reka bentuk tersebut sama seperti alas kaki yang boleh didapati dengan harga RM2.50 sahaja.
Tapi, harga beg tersebut dijual dengan harga AS$200 (RM835).
Gambar beg ini menjadi viral di Thailand apabila seorang blogger dari AS memuat naik gambar tersebut di dalam blognya dan netizen Asia tidak henti-henti mentertawakan beg tersebut.
Antara komen netizen, “Saya ada benda ini di rumah Saya selalu guna untuk lap kaki tetapi tak tahun pula ia boleh dijadikan fesyen.”
Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.
Mangsa sebenarnya tidak terjun jambatan??.
