Masa bercinta lain, bila dah kahwin fasa lain pula. Orang cakap, rasa manis tu akan rasa masa bercinta je, bila dah kahwin semuanya pahit.
Jadi, sebelum mendirikan rumahtangga, bersiap sedia terlebih dahulu.
1. Bila dah kahwin baru kita baru kenal siapa dia
Kita hanya akan kenal seseorang itu bila dah kahwin dengannya. Tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa tu dia tidur berdengkur, jenis lepas berak tak reti flush.
2. Bertahun bercinta, tak bermakna cukup kenal
Bercinta 10 tahun, gayut tiap-tiap malam, dating setiap hari, belum cukup untuk mengenali seseorang. Kahwin bukan hanya tentang halal sahaja, tapi untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat.
3. Perkahwinan bukan semudah & seindah disangka
Kalau korang rasa cemburu melihat kebahagiaan kawan-kawan yang baru kahwin, itu hanya luaran sahaja. Realitinya ada pahit dan perit yang disembunyikan.
4. Adakah anda betul-betul sudah bersedia?
Alasan sudah kenal lama atau untuk ‘elak maksiat’ saja tidak cukup untuk anda cepat-cepat kahwin. Kalau masa bujang pun tak boleh nak lawan hawa nafsu, macam mana nak hadapi ujian bila dah berkahwin?
5. Bersiap sedia untuk berkorban hidup
Yang perempuan, sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki? Sanggup tak menanggung kesusahan pahit jerih bersama suami. Yang lelaki, sanggup ke membanting tulang nak bagi makan anak isteri?
6. Buat keputusan betul-betul & jangan terburu-buru
Ramai yang bila dah kahwin baru la menyesal. Rumahtangga bahagia cinta saja tak cukup. Kena ada tolak ansur dan hadapi ujian bersama dengan sabar.
Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.
Mangsa sebenarnya tidak terjun jambatan??.
