Baru-baru ini pasukan bola sepak Malaysia tewas 1-0 di tangan Vietnam. Apa yang kami boleh katakan, Harimau Malaysia bermain dengan baik, namun nasib tidak menyebelahi pasukan bola sepak negara.
Tapi, apa yang menarik perhatian pada perlawanan tersebut ialah seorang pemain kacak Harimau Malaysia, iaitu Darren Lok.
Muka jambu, badan sado, wajah pula seiras pelakon Hollywood Chaning Tatum. Lepas ni ramai la gadis-gadis tiba-tiba berminat nak tengok perlawanan bola sepak.
Mesti ramai nak tahu, siapa sebenarnya pemain kacak ini. Jom tengok 6 fakta menarik ini!
1. Merupakan kacukan Malaysia-English
Patut la hensem habis. Darren Lok ni berdarah campuran Cina dan English. Maka terhasil wajah seiras ‘Chaning Tatum’.
2. Dilahirkan di Johor & berusia 25 tahun
Memang anak jati Malaysia. Dilahirkan di Johor Baharu dan kini berusia 25 tahun.
3. Bermain untuk JDT & pernah bermain di England
Makin banyak la pemain bola sepak kacak dalam pasukan JDT. Sebelum ini, Darren pernah bermain dengan beberapa kelab di England.
4. Wajah seiras Chaning Tatum
Sekali pandang wajah Darren memang seiras pelakon Hollywod Chaning Tatum.
5. Sorry girls, dia sudah berpunya!
Jangan sedih-sedih. Ramai lagi lelaki single di luar sana. Kalau dah rupa kacak, sah-sah la dah berpunya. Comel jugak girlfriend dia ni.
6. Baru dapat panggilan untuk bermain untuk Harimau Malaysia
Baru buat satu penampilan dengan pasukan JDT, Darren Lok menarik perhatian Ong Kim Swee dan terus di serap masuk dalam pasukan Harimau Malaya.
Kredit: Oh Bulan
Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.
Mangsa sebenarnya tidak terjun jambatan??.
