Berikutan insiden kebakaran Hospital Sultanah Aminah yang meragut 7 nyawa pagi tadi, rata-rata netizen seperti menyalahkan kerajaan negeri Johor.
Ada yang mengkritik kerajaan Johor seperti tidak beri perhatian dengan keadaan hospital yang uzur.
Tidak mahu berdiam diri, Tunku Idris menjawab isu tersebut di akaun Instagramnya.
“Sebelum nak kritik sesuatu, buat kaji selidik terlebih dahulu. Hospital adalah tanggungjawab kerajaan Malaysia dan bukan tanggungjawab kami.
“Kami sudah buat permohonan untuk mendapatkan hospital baru, tapi tidak diendahkan. Dana untuk JDT dan hospital berbeza.
“Tanya pada kerajaan Malaysia di mana bajet untuk hospital memandangkan baru saja pembentangan bajet 2017,” kata Tunku Idris.
Rata-rata menyokong jawapan Tunku Idris. Ada yang memberikan komen, hospital tersebut adalah hopital kerajaan dan dibawah tanggungjawab kerajaan Malaysia.
Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.
Penari k-pop sengaja pakai short pant longgar tanpa seluar dalam.
