Walaupun tidak memiliki sebarang sijil pelajaran tinggi, ia bukan penghalang untuk memperoleh pendapatan bulanan setaraf dengan gaji pemegang diploma.
Dengan hanya menjual pisang goreng, Jumaah Alias, 26, mampu menjana pendapatan lumayan walaupun hanya sekolah sehingga Tingkatan 4 sahaja.
Tanpa diploma jika berusaha pasti akan berjaya
“Saya tidak mempunyai ijazah, diploma, Sijil Pelajaran Malaysia mahupun sijil Penilaian Menengah Rendah namun saya percaya rezeki ada di mana-mana sekiranya kita berusaha,” katanya ketika ditemui oleh Bernama.
Menurut Jumaah, dia menguruskan perniagaan yang terletak di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson itu dan mampu bersendirian meraih pendapatan melebihi RM2,000 sebulan hasil jualan pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, laksa dan nasi lemak.
Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, dia berniaga setiap hari bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.
Pernah banyak kali gagal namun tak kenal erti putus asa
Katanya lagi, sebelum ini bermacam jenis perniagaan dia lakukan tetapi banyak kali gagal.
“Namun kegagalan dalam berniaga adalah perkara biasa kerana itu semua merupakan proses pembelajaran dalam bidang perniagaan,” katanya.
Tambahnya lagi, dia bercadang untuk membesarkan lagi perniagaan di masa akan datang. – BERNAMA
Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.
Penari k-pop sengaja pakai short pant longgar tanpa seluar dalam.
