BINATANG pun bukan… tapi kau adalah SETAN! Itu sahaja gelaran layak diterima oleh lelaki durjana yang tergamak membelasah dan berlaku zalim terhadap isterinya ini.
Sejak semalam, status seorang wanita bernama Shahilda Fadhil yang mendakwa dirinya dibelasah oleh suaminya, merupakan seorang mualaf, mula tersebar menjadi viral di media sosial.
Menerusi status itu, wanita berusia 22 tahun ini mendakwa dirinya teruk dipukul bagaikan binatang tanpa belas kasihan sepanjang setahun usia perkahwinan mereka.
Pendek kata, segala kelakuan kejam seperti ditendang, dicekik, dipijak, dihempas waima ditarik rambut kepala, semuanya pernah dirasai Shahilda.
Lebih ngeri, Shahilda memberitahu, suaminya yang merupakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meletakkan parang di lehernya dengan berniat mahu menyembelih dirinya.
Bukan itu sahaja, anaknya yang baru berusia dua tahun turut menjadi mangsa serangan suaminya hinggakan gusinya pecah akibat ditendang si bapa.Tidak tahan terus diseksa, Shahilda kemudian ada membuat membuat laporan polis sekitar pertengahan September lalu, namun, dakwanya tiada sebarang tindakan diambil.
Susulan itu, dia mengambil pendekatan meluahkan segala penderitaan di laman Facebooknya sebelum menarik perhatian netizen.
“Selama ni aku diam membisu seribu bahasa kau hina, fitnah, herdik, cerca keluarga aku. Hina aku. Pukul aku separuh nyawa. Kau ambil parang ketak kat leher aku. Nak sembelih aku.
“Tapi hari ini Allah swt beri aku kekuatan untuk bongkarkan kebenaran. Setahun perkahwinan kita. Dalam tempoh itu aku dipukul bagaikan binatang berkali-kali tanpa belas kasihan langsung sehingga anak sekecil Adam yang baru 2 tahun merayu melutut kat kaki kau untuk berhenti pukul aku.
“Sampai pecah gusi anak aku kau tendang wahai suami dayus. Kau pukul aku guna besi buai. Kau campak aku dari ruang tamu ke dapur. Kau hempas kepala aku dgn laptop. Kau pijak perut aku masa aku dalam pantang anak kedua,” tulisnya.
Selain itu, wanita malang ini turut mendedahkan bahawa suaminya bernafsu serakah hinggakan dia dimain ibarat pelacur, tidak kira ketika berpantang.
Nafsu ‘gila’nya turut memuncak apabila Shahilda turut dipaksa menghidap kemaluan anak sulungnya itu dihadapan suaminya.
“Kau paksa aku layan nafsu binatang kau. Sampai aku terpaksa buat pembedahan sebab luka pada faraj aku. Masa mengandung kau duduk atas perut aku yang dah 7 bulan lepas tu cekik aku.
“Yang lebih kejam kau main dengan betina kat luar siap rakam telefon balik tunjuk pada aku. Betapa kejamnya kau wahai suami tak guna. Nafkah kau bagi RM200 lepas tu kau minta balik. Kau paksa aku hisap KON*K anak aku Adam depan kau.
“Paksa aku jilat tapak kaki kau lepas aku dibelasah seperti anjing. Kau main aku macam pelacur. Allahuakbar.
“Terlalu banyak penderitaan yang kau beri pada aku selama setahun aku jadi isteri kau yg bodoh. Kau kunci aku dan anak dlm rumah bila kau pergi kerja tanpa sebarang makanan. Terlalu banyak peluang aku bagi pada jantan macam kau!,” katanya geram.
Tambahnya, mereka pernah naik mahkamah setelah dia dilafazkan cerai sebanyak tiga kali namun lelaki itu terus bersumpah menidakkan hal tersebut di hadapan hakim.
Status yang dimuat naik Shahilda sekali gus menerima pelbagai reaksi netizen termasuk mengecam tindakan suaminya.
Semalam, SPRM dalam satu kenyataannya memaklumkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai berkenaan berhubung isu viral itu. – MYNEWSHUB.CC
[ TIPS MENARIK DI BAWAH ]