Gadis 'Nasi Lemak Anak Dara' Jelaskan Gaji Berniaga Lebih Berbaloi Daripada Gaji Engineer



Baru-baru ini viral kisah seorang gadis berniaga nasi lemak di simpang jalan kawasan perumahan flat di Seksyen 7, Shah Alam. Tuan punya badan, Siti Hajar Ahmad yang berusia 24 tahun mendapat perhatian umum bukan sahaja kerana rupa parasnya yang cantik tetapi juga penangan ‘Nasi Lemak Anak Dara’ yang dijual sangat sedap dan berpatutan.

Jom ushar gambar gadis cantik yang bukan sahaja pandai masak, tapi pandai cari duit ni. Memang lengkap pakej kalau nak jadi calon menantu pilihan abad ke-21 ni!




Pernah Kena Saman

Siti Hajar pernah dikenakan kompaun RM 2000 dari pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas kisahnya yang berniaga Nasi Lemak Anak Dara viral di media sosial. Ekoran daripada peristiwa itu, dia menerima kunjungan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA sebagai langkah permulaan kepada anak muda untuk menjalankan perniagaanya secara sah.

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

Download