Gambar sebagai hiasan Seorang lelaki daripada Jerman telah mengaku membunuh isterinya yang berasal daripada Filipina kerana hendak bebas pergi ke Thailand untuk pelancongan seks. |
Isterinya yang dikenalpasti berumur 37 tahun dilaporkan telah dipukul dengan penukul di bahagian kepala ketika sedang tidur pada 28 November 2015 yang lalu seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail. Dalam kenyataannya di Mahkamah Negeri Augsburg, Bavaria, Koening berkata dia telah melemaskan isterinya dengan menggunakan plastik sebelum memotongnya kepada lapan bahagian dengan menggunakan gergaji.
Tertuduh turut menceritakan dia telah meletakkan bahagian anggota badan yang dipotong itu dalam plastik sampah dan menyimpannya di dalam sebuah gudang. Dia turut mengakui telah mengosongkan akaun bank isterinya selepas itu. Dia melakukan semua ini kerana hendak bertemu dengan gadis daripada Pattaya yang dikenalinya secara online.
Pihak polis turut menjumpai bukti Koenig telah mencari maklumat bagaimana untuk membunuh orang dengan memukul di kepala di komputernya sebelum melakukan kesalahan ini.
Koenig turut memberitahu mahkamah bahawa dia berkenalan dengan gadis tersebut pada Disember dan tertarik dengan gadis tersebut kerana dia melihat gadis tersebut mampu menawarkan keseronokan dan impiannya menjadi kenyataan.
Ketika di Thailand, Koenig turut merancang untuk membunuh diri selepas kehabisan duit dan visanya tamat. Namun setelah berada di Thailand selama tiga minggu dia telah kembali ke Jerman dan ketika itu dia segera ditahan oleh pihak berkuasa disana.
Sekiranya disabitkan kesalahan, Koenig akan dikenakan hukuman seumur hidup atas kesalahan pembunuhan terancang ini.