Seringkali selebriti wanita yang bergelar ibu bagaikan mengelak untuk bergambar kerana perubahan bentuk badan yang semakin meningkat selepas bersalin, namun bagi Raja Farah, dia tidak kisah mengenai tanggapan tersebut.
BACA: Raja Farah Bakal Bawa Anak Tunaikan Umrah
“Saya tak mahu menjadikan soal berat badan selepas hamil sebagai masalah yang boleh membuatkan diri menjadi runsing dan tertekan. Namun, bukanlah bermakna saya tidak memikirkan soal diet atau mahu mendapatkan berat badan sebelum hamil”
“Malah, jika diikutkan, saya tidak pernah mencapai berat badan ideal sebelum hamil. Sebelum hamil, berat badan saya adalah 66 kg. Namun, saya perhatikan, selepas bersalin, berat badan saya mula menurun. Kali terakhir ditimbang adalah 73 kilogram,” kongsinya kepada BH Online.
Tambah Raja Farah lagi, dia juga tidak mahu terlalu mengawal pemakanan secara ekstrem kerana risau proses penghasilan susu dalam badan akan terganggu selain mahu memberikan sepenuh perhatian kepada anak sulungnya itu, Imran Iskandar yang kini sudah berusia sebulan. (rtky/s)