Kuala Lumpur: Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyarankan supaya semua individu yang dinyatakan di dalam pen-drive yang didakwa mengandungi salah laku teknikal di kalangan pemimpin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya berundur dengan cara baik untuk digantikan dengan individu lebih layak.
Saranan Tunku Ismail itu adalah antara inti pati majlis dialog bersama penyokong yang diadakan di Stadium Larkin semalam dan turut mengulangi kenyataan sebelum ini yang menyebut bahawa beliau tahu siapa yang bakal bergelar Presiden FAM, Setiausaha Agung serta ketua jurulatih pasukan kebangsaan tahun depan dan mendakwa usahanya cuba menyelamatkan bola sepak negara tidak dihargai.
“Saya seorang yang telus. Saya sentiasa berterus terang kepada anda semua. Dan untuk mengubah FAM kita perlu letak orang-orang yang kita boleh percaya seperti mana yang saya akan lakukan tidak lama lagi.
“Saya tidak mahu FAM dan liga kita digantung. Saya hanya mahu beberapa individu yang tidak bertanggungjawab untuk berundur dari organisasi bola sepak kebangsaan.
Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.
Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.
