"Saya Tetap Dengan Keputusan Saya, Beri Saya Ruang" Kenyataan Terbaru Safiey Illias



SEJAK malam tadi, empunya nama Safiey IIias menjadi topik paling hangat dibicarakan masyarakat Malaysia hinggakan mengungguli carta trending di laman Twitter.

Jelasnya, dia masih tahu tentang halal dan haram, namun dia memerlukan masa dan ruang untuk berubah sepenuhnya.

Dalam pada itu, Safiey juga memohon orang ramai tidak mengkaitkan penghijrahannya terdahulu kerana bisnes.

Ikuti luahan Safiey panjang lebar berkenaan keputusannya ini;

“Tapi saya tetap dengan keputusan saya. Berilah saya ruang untuk berhijrah secara perlahan-lahan sehingga saya benar-benar mampu berubah secara total berjanggut bermisai, sado & sasa, macho dan segala-galanya yg ada pada lelaki sejati . Sampailah satu tahap saya temui istiqomah . Sebab saya takut nk jadi baik . Saya takut orang fikir saya baik . Saya takut nak expose hal-hal dakwah apatah ibadah, saya takut jika anda expect TOO MUCH drpd saya . Biarlah hal peribadi & urusan saya antara saya & Allah sahaja yg tahu .

Kenapa ? Saya dah terlalu penat . Nanti orang hentam . Nanti orang cakap macam-macam . Nanti orang request itu ini . Nanti org manipulasi. Jadi saya nak org faham saya ambil masa semua ni untuk berhijrah secara total. Jiwa saya koyak dan penat. Jiwa saya sentiasa berkecamuk . Sampaikan saya solat menangis depan Allah pun saya masih tak tenteram bila ujian kunjung tiba tak henti henti. Ujian yang banyaknya datang daripada manusia.

Berilah saya nafas. Berilah saya ruang. Berilah saya masa. Berilah saya bergerak sendiri merencana perjalanan hidup saya . Ini FASA . Fasa diremukkan hati oleh Allah sekali lagi kemudian merangkak menangis mencari Dia kembali . Saya masih tahu halal dan haram. Biarlah selepas ini status FB saya cuma dipenuhi status bisnes & diari saya seperti dulu sejak saya buka akaun FB ini . Saya tak nak bercakap pasal dakwah dan agama dah sebab saya bukan orang yg layak lagi. Saya takut kena hentam .

Andai saya posing comel-comel seakan wanita, ampunkan saya . Beri saya masa untuk dapat posing seperti ayah , adik & abang anda . Andai penulisan saya laser selepas ini , ampunkan saya . Semuanya kelemahan mulut saya yang kadang-kadang tak dapat nak kawal emosi . Jiwa muda kan . Andai terjumpa saya di luar dan tidak menepati ciri2 berpakaian mahupun beperwatakan lelaki yg anda suka, ampunkan saya. Andai saya masih tidak berjanggut bermisai, ampunkan saya juga . Jawapan saya mudah sahaja , anggap saya belum berhijrah dan masih yg lama .

Saya tak nak uolls kata saya baik . Biarlah selepas ini , orang nampak saya yang jahat-jahat sahaja. Saya akan “YA” kan semuanya . Saya tak nak dikaitkan dengan hijrah lagi sebab saya sendiri masih memperbaiki diri menuju perubahan secara total .

Saya sentiasa lapar akan hidayah Allah dan Allah berkali kali hancurkan hati saya sampai saya menangis teresaknya. Saya yakin kenapa Allah membolak balikkan hati saya . Sebab sebelum ini saya yakin saya tidak akan menjadi yang lama. Saya mungkin sudah merasa sombong akan iman diri . Namun, Allah bijak dengan memberi ujian sehingga hati saya dibolakkan. Sekarang saya faham betapa saya lemah dan perlukan Allah sentiasa .

Saya suka jatuh berkali-kali, saya suka jika hati kecil ini ada keinginan kembali yg lama , saya suka jika diri ini berbuat dosa , sebab ini lah saya manusia yg pendosa, yang sentiasa nak kan hidayah dan pengampunan Allah. Mungkin ini adalah FASA sahaja. FASA kepada penghijrahan secara total suatu hari nanti.

Pisahkan saya dengan bisnes . Saya tak nak dikaitkan berhijrah kerana bisnes . Anggap sahaja saya belum berhijrah jadi anda tak layak nak kaitkan saya dengan apa2 dah. Maafkan saya. Dan BERHENTI mengharapkan too much daripada saya .

Jangan risau. Tak adalah saya pakai perempuan 24 jam . Kalau sekali sekala nampak saya di luar sana memakai blause perempuan, maafkan saya. Beri saya masa . Kadang-kadang rindu juga.

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

Download

Related Posts :