Nama Dato' Shareen Al Mashoor sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Terkenal dengan nama jolokan 'Dato Cantik', wanita hebat ini tentunya mempunyai resepi dalam kejayaan yang beliau kecapi hingga hari ini.
Walaupun sudah berada di puncak kejayaan, Dato' Shareen tidak langsung mendabik dada, malah beliau sendiri menyatakan bahawa masih belum mempunyai banyak pengalaman dalam dunia perniagaan.
Artikel kali ini, admin akan kongsikan, selain dari usaha yang kuat, Dato Shareen juga tidak pernah lupakan kepada sang pencipta. Malah beliau turut menerapkan konsep islamik dalam mentadbir urusan perniagaan beliau
Panggil Penceramah Dalam Majlis Ilmu
Dalam mengejar kejayaan dunia, Dato Shareen tidak pernah lupa akan hal ehwal agama, malah masih belajar untuk lebih mendalami daripada penceramah-penceramah yang dijemput beliau dalam majlis-majlis ilmu.
Pendekatan ini tidak sahaja untuk beliau malah untuk pekerja-pekerja yang turut bantu beliau dalam membina empayar secara langsung ataupun tidak.
Mengadakan Bacaan Yasin
Dato Shareen Al Mashoor juga turut mengadakan bacaan Yasin pada setiap minggu bersama kakitangan di pejabatnya. Selain dapat menunaikan fardu kifayah, beliau berharap agar dengan cara ini dia sendiri dan juga pekerja sentiasa mengingati kepada yang maha Esa.
Selain dari tuntutan agama, beliau berharap dengan cara beliau ini, segala usaha keras beliau bersama kakitangannya yang banyak membantu beliau dalam membangunkan empayar beliau selama ini diberkati oleh Allah SWT.
Dalam mengejar kejayaan dunia, ramai di kalangan kita yang alpa dalam agama, tidak kurang juga ada yang mengambil temeh dalam hal ini. Jadi marilah kita mengambil Dato Shareen Al Mashoor sebagai contoh atau role model dalam kita mengejar kedua-duanya sekali gus.
Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.
Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.
