Siapa yang tidak kenal wanita yang bernama Dato Shareen Al Mashoor? Pengasas PMGIFT Sdn. Bhd. Namun disebalik kejayaannya hari ini pasti ada liku-liku cabaran dalam beliau mengecapi apa yang beliau perolehi sekarang. Jadi mari kita ikuti pengalaman liku yang pernah beliau alami sebagai pemangkin semangat dalam kita mengejar apa yang kita impikan.
Sebelum ini, Sharifah Shareen Syed Rahman Al-Mashoor hanyalah penjawat awam sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. Namun beliau terpaksa melepaskan jawatannya seawal umur 23 tahun kerana perlunya beliau menguruskan perniagaan arwah ayahnya di kampung.
Tiada Modal Besar
Secara logiknya, sebuah perniagaan pasti memerlukan modal yang sangat besar, namun dengan hanya berbekalkan modal RM 10, Dato Shareen Al Mashoor berjaya buktikan bahawa semangat dan komited dalam mengejar kejayaan lebih penting dari modal puluhan ribu. Pelik bukan? Bagaimana dengan tiada modal tetapi boleh buat bisnes? Jom kita ikuti bagaimana Dato Shareen ni dapat idea hanya dengan berbekalkan RM 10.
Arwah Ayah Ramai Kenalan
Untuk mengembangkan lagi perniagaan arwah ayahnya, Dato' Shareen telah berfikir untuk bertanyakan kepada kenalan arwah ayahnya, samada mereka berminat untuk membeli produknya sebagai hadiah kepada pelanggan mereka.
Rata-rata ramai yang berminat dengan idea beliau, namun masalah yang perlu dihadapinya sekarang, beliau langsung tiada modal. Untuk mnghasilkan produk yang diminta rakan-rakan arwah ayahnya, beliau memerlukan RM 25,000.
Demi kejayaan, Dato Shareen tebalkan muka dan mengaku sejujurnya bahawa beliau dan syarikat kecil arwah ayahnya tiada modal sebesar itu.
Hasil semangat dan komited walalupun tiada modal yang besar, para pelanggan sanggup mengeluarkan modal dahulu.
"Pada ketika itu saya tidak dapat gambarkan gembiranya saya,iyalah saya langsung tiada modal, alahamdulilah tidak sangka betul para pelanggan sanggup keluarkan modal terlebih dahulu,"
Dengan keuntungan dari projek itu, Dato' Shareen mengeluarkan lebih banyak produk untuk dijual kepada syarikat-syarikat lain sebagai hadiah kepada para pelanggan.
Terbukti bukan? Walaupun tiada modal, Dato' Shareen berjaya mengembangkan perniagaan arwah ayahnya. Soal ayahnya ramai kenalan bukanlah faktor kelebihan buat beliau, jika tiada usaha, komited malah 'ringan mulut', beliau tidak mungkin dapat mengembangkan perniagaanya sehingga kini.
Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.
Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.
