SEORANG tukang masak dari London, United Kingdom mendakwa hilang pendengaran buat seketika selepas menyahut cabaran mencuba mi paling pedas di dunia.
Ben Sumadiwiria, 22; sanggup terbang ke Jakarta, Indonesia untuk mencuba mi berkenaan yang dikenali sebagai ‘Mi Maut’ dalam kalangan warga tempatan sendiri.
Menurut sebuah laman antarabangsa, mi berkenaan dikatakan mempunyai tahap kepedasan 4,000 kali lebih pedas daripada sos cili-cuka, Tabasco, dan 100 kali lebih pedas daripada cili burung.
Menurut Sumadiwiria, pada suapan pertama, dia telah mula berpeluh dan pening.
Cef itu kemudiannya mendakwa tidak dapat mendengar apa-apa selepas beberapa minit mengunyah mi tersebut.
“Ini memang mi paling pedas yang saya pernah rasa. Sebaik sahaja ia masuk ke dalam mulut, saya mula berpeluh dan mula terasa mual.
“Semua yang mencuba akan memuntahkan mi ini ke dalam tong sampah, pun begitu sesetengah daripada penduduk tempatan mampu untuk menghabiskannya,” katanya.
Meskipun telah menghabiskan setengah dozen air sejuk, namun Sumadiwiria masih tidak dapat menghilangkah rasa pening akibat kepedasan yang melampau itu.
Sumadiwiria juga dikatakan terpaksa membuka baju dan merendamkan kepalanya ke dalam air sejuk untuk menghilangkan rasa pedas.
“Bibir saya seolah-olah terbakar dan saya tidak merasakan apa-apa.
“Saya pernah makan wasabi dan pelbagai makanan pedas dan saya sanggup makan itu semua berbanding mi ini,” jelasnya
Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.
Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.
