Cat Farish Menangis Selepas Bercerai, Hati Rasa Kosong


Tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, penyanyi dan pelakon, Cat Farish mengakui kehidupannya tidak tentu arah selepas bercerai dengan isterinya, Hartiny Ramli pada April lalu.

BACA:

“Sungguh.. Rasanya lebih perit darpada ditinggalkan kekasih. Saya rasa kosong dan tidak tentu arah. Sampaukan saya menangis setiap masa. Sayake kelab, layan muzik. Pada pandangan mata orang, kehadiran saya ke sana nampak tidak elok”

“Sedangkan ketika itu, haati saya kosong dan tak nampak apa-apa pun di sekeliling. Hanya termenung. Di rumah pula saya rasa sunyi. Sehinggakan masa tidur, saya terjaga, seolah-olah terdengar suara anak-anak,” kongsinya kepada BH Plus.

Malah penyanyi ini juga mendedahkan bahawa kadang kala dia memeluk baju anaknya kerana terlalu rindu selain turut menghadapi kemurungan teruk. Bagaimanapun segalanya beransur pulih dan Cat kini sudah mampu meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

Kini Cat mahu kembali bangkit mencari rezeki untuk anak anak. Selain itu, bekas isterinya sering memberi sokongan positif malah hubungannya bersama bekas mentua juga tidak terjejas. Cat juga kadang kala turut merujuk kepada bekas mentua sekiranya ada masalah. (rtky/s)



Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

Download

Related Posts :