Walaupun hubungan cinta diantara pasangan, Kamal Adli dan Emma Maembong dikatakan sedang berantakan namun Kamal masih mengharap hubungan itu berakhir dengan perkahwinan. Beliau dalam masa yang sama menyangkal dakwaan kehadiran orang ketiga sebagai punca dan meletakkan kesalahan itu ke atas dirinya yang menyebabkan kekasih hatinya itu terasa hati.
BACA: Cinta Emma Maembong, Kamal Adli Tak Kesampaian?
“Apa yang terjadi antara kami tiada kena mengena dengan orang ketiga. Kesalahan patut dituding kepada saya. Sebagai manusia biasa, banyak perkara yang perlu saya perbetulkan. Setiap hubungan juga ada fasa turun naik. Saya mohon maaf atas kekhilafan itu. Pastinya saya tak main-main malah serius dalam hubungan ini selain mahu memperisterikannya”
“Fakta yang tidak boleh diubah adalah saya sangat sayang insan bernama Emma Maembong. Saya juga tidak mahu hubungan kami berakhir separuh jalan. Hubungan ini akan saya selamatkan selagi terdaya. Saya pun bukan makin muda. Jadi, saya harap yang di luar tidak pantas menghakimi hal ini,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara ini.
Sebelum ini, pergolakan hubungan cinta diantara dua pelakon ini seakan dapat dihidu oleh peminat mereka apabila masing-masing sudah jarang memuat naik gambar bersama di laman sosial. Malah status di aplikasi Whatsapp salah seorang daripada mereka juga mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai hubungan cinta mereka yang kelihatan dingin.
Sementara itu, Emma pula dalam satu kenyataan semalam meminta ruang dan masa untuk dirinya berbincang mengenai hala tuju hubungan beliau dan Kamal sejurus pelakon itu pulang dari pengambaran di Sepanyol. Selain itu, Emma turut meminta kepada orang ramai untuk tidak pantas menghakimi mereka jika hubungan ercintaan mereka terputus di tengah jalan. (rkty/w)
via