Pernah alami masalah nasi yang dimasak menjadi basi? Agak merugikan jika masalah ini terjadi. Ada petua yang boleh anda cuba untuk mengelakkan masalah ini. Salah satunya ialah dengan menggunakan cengkih. Nak cuba? Ikuti langkah-langkah dibawah ini.
BAHAN-BAHAN:
- 3 kuntum bunga cengkih
- Secubit garam
CARA-CARA:
1. Basuh beras seperti biasa.
2. Masukkan bunga cengkih dan garam ke dalam periuk beras.
3. Masak nasi seperti biasa. Insya-Allah nasi anda akan lambat menjadi basi.