Seorang lelaki Mesir melarikan diri dari isterinya yang tiba di lapangan terbang Arab Saudi kerana terkejut melihat wajah sebenarnya wanita berkenaan.
Lelaki tersebut yang dirahsiakan namanya, telah menunggu selama berjam-jam di lapangan terbang untuk menyambut pengantin perempuan yang telah dikahwininya selepas melihat gambar yang dihantar oleh saudaranya.
Media Arab Al Watan melaporkan, lelaki tersebut telah bersetuju untuk berkahwin dengan wanita tersebut walaupun dengan hanya melihat wajah melalui gambar sahaja.
“Apabila isterinya tiba di lapangan terbang di Arab Saudi, lelaki itu lari selepas melihat wajahnya. Pihak keselamatan mengejar dan menangkapnya kerana mengesyaki lelaki tersebut telah mencuri sesuatu, “ lapor akhbar tersebut.
“Tetapi lelaki itu memberitahu mereka bahawa dia amat terkejut dengan wajah pengantin perempuan dan dia tidak mahu bersama wanita itu.”
Pengantin perempuan tersebut yang malu dan kecewa kemudian memfailkan perceraian dan meminta pampasan.
Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.
Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.
