Festival ‘Pelik’, Siapa Paling Banyak Di Gigit Nyamuk Adalah Pemenang!


Nyamuk merupakan serangga kecil yang dibenci semua orang, di mana saban hari manusia mencari formula untuk menghapuskannya.

Namun berbeza keadaannya di kota Berezniki, Rusia. Nyamuk di kota berkenaan ada ketikanya akan dapat menikmati waktu menghisap darah. Setidak-tidaknya untuk beberapa hari.

Pelik Tapi Benar, FESTIVAL NYAMUK RUSIA

Russia_Mosquito_Festival-38606

Warga kota Berezniki, di pergunungan Rusia menghormati kehadiran nyamuk dengan mengadakan satu festival khas untuk nyamuk yang digelar Festival Nyamuk Rusia.

Ketika festival dijalankan, para peserta akan membiarkan puluhan nyamuk menggigit dan menghisap darah mereka.

Memetik laporan BBC, festival yang dilangsungkan setiap tahun di kota berkenaan akan diadakan dari 17 Julai dan akan berlangsung beberapa hari.

Panel penilai terdiri daripada hakim dan doktor, mereka  akan memeriksa tubuh peserta dan pemenang ditentukan dengan banyaknya gigitan nyamuk.

Lebih mengejutkan, kanak-kanak berusia 9 tahun, Irina Ilyukhina, telah memenangi pertandingan tersebut dengan memiliki ’43 gigitan’ di seluruh badan dan digelar ‘kanak-kanak paling lazat’.



Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

Download

Related Posts :