SHAH ALAM 2 Ogos - Usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 29, bakal membintangi sebuah filem aksi komedi berjudul 'Badang Superb'.
Menurut pengarah filem ini, Profesor Datuk A. Razak Mohaideen, pemilihan pengasas produk D'Herbs itu dibuat kerana populariti yang diraih Aliff.
"Memang antara sebab dia menjadi peneraju utama filem ini kerana popularitinya. Tetapi dalam masa yang sama, saya dapat lihat kesesuaian Datuk Aliff dengan watak badang ini.
"Buat masa ini kami masih dalam proses melatihnya untuk watak ini. Kalau tidak ada apa-apa, kemungkinan besar pembikinan filem ini akan berlangsung pada bulan ini juga," katanya yang ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri UiTM Holdings Sdn. Bhd., di sini.