Tidak dinafikan berita pertunangan diantara pasangan kekasih, Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim memang mengejutkan orang ramai. Namun bagi Wak Doyok, beliau lebih rela membiarkan orang ramai membuat spekulasi sendiri mengenai berita itu, pada masa yang sama Wak juga tidak mengesahkan dan juga tidak menafikan laporan pertunangan itu.
BACA: Wak Doyok & Azrinaz Mazhar Hakim Bertunang?
“Biarlah saya hidup dengan cara saya sendiri dan saya tidak mahu ambil kisah pasal kehidupan orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia mengenai dakwaan mengatakan beliau dan kekasih telah mengikat tali pertunangan pada minggu lalu dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga daripada kedua-dua belah pihak sahaja.
Bagaimanapun ketika diminta mengulas lanjut mengenai laporan pertunangan yang dilangsungkan pada 23 Julai lalu, Azrinaz memilih untuk berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen mengenainya. Menurut sumber, buat masa ini belum ada kepastian mengenai tarikh dan tempat bagi menyambut majlis perkahwinan pasangan sama padan ini.
Terdahulu, Mingguan Malaysia secara eksklusif telah melaporkan berita pertunangan diantara Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim yang diadakan secara tertutup di kediaman Azrinaz, di Desa Hartamas, Kuala Lumpur. Difahamkan dalam majlis tersebut, ibu Wak telah menyarungkan cincin ke jari Azrinaz sebagai memeterai ikatan pertunangan mereka. (rkty/w)
via