Raja Pecut : Khairul Hafiz Jantan Lebur Rekod Watson Nyambek, KJ Luah Harapan Tinggi


Atlet kelahiran Melaka yang merupakan pelari pecut, Khairul Hafiz Jantan memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter dengan catatan 10.18 saat pada saingan Sukma 2016.

Rekod 100 meter kebangsaan sebelum ini dipegang oleh Watson Nyambek dengan catatan masa 10.30 saat pada 1998 telah berjaya dilebur oleh Khairul Hafiz. 



Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menzahirkan rasa terujanya dengan pencapaian Hafiz menerusi laman Twitter.

"Masa Khairul Hafiz untuk 100m di Sukma 10.18 rekod kebangsaan baharu. Rekod Sukan SEA 10.17. Emas Sukan SEA 2015 10.25. Ada harapan @KL2017!", tweet KJ sebentar tadi.



Khairul Hafiz Jantan kini digelar Raja pecut bakal menjadi atlet harapan sekaligus pelapis untuk pelari pecut negara kerana berjaya mengalahkan rekod Watson Nyambek.

Dalam perkembangan lain, agak lama juga tidak mendengar cerita bekas pelari pecut negara ini. Seolah-olah sudah menyepi dari dunia yang pernah menjulang namanya. Hakikatnya, pemegang rekod kebangsaan itu sebenarnya masih aktif dalam sukan olahraga. 

Bukan sebagai atlet, sebaliknya Watson kini bergelar jurulatih di Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak. 



Download