Mungkin kerana statusnya yang masih bujang, Neelofa sering dikaitkan dengan beberapa jejaka sebelum ini. Namun baru-baru ini beliau didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan suami orang, malah Neelofa juga dikatakan bakal menjadi isteri kedua lelaki tersebut yang juga berstatus VIP. Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan tersebut sekerasnya.
BACA: Neelofa Rancang Tunaikan Haji Tahun Ini
“Saya tidak memerlukan lelaki itu, jauh sekali duit ringgitnya. Saya tidak perlu apa-apa daripadanya. Demi Allah, saya baru tahu cerita ini minggu lalu apabila seorang teman memaklumkannya. Sudah beberapa tahun, saya dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki itu. Ia bagaikan tiada berpenghujung, malah saya sudah jemu mendengarnya”
“Lagi dan lagi cerita karut seperti ini dibangkitkan. Sebelum ada pihak yang datang untuk mengasari, ingin saya maklumkan di sebalik kelembutan, saya juga mempunyai perwatakan seperti lelaki. Jangan ingat saya tiada upaya mempertahankan diri. Saya sudah cukup dewasa untuk melawan,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.
Sementara itu, Neelofa turut meluahkan rasa terkilannya terhadap sesetengah pihak yang masih mengaitkan kontroversi berkenaan dengan dirinya walaupun ianya sudah lama berlalu. Pada masa yang sama, beliau turut menyangkal dakwaan mengatakan dirinya bersama lelaki terbabit hanya kerana statusnya sebagai seorang lelaki yang kaya dan ternama.
Dalam masa yang sama, Neelofa akui dirinya bukan seorang yang mudah jatuh cinta walaupun ramai jejaka ternama termasuk seorang lelaki dari Mesir ingin melamarnya. Malah ramai juga yang terus datang bertemu ibunya untuk mendekati beliau namun hatinya masih sukar untuk menerima jodoh yang diaturkan keluarga dan ingin mencari sendiri. (rkty/w)
via