Jom Sertai Fiesta Kecergasan & Berzumba 90 Minit Tanpa Henti!


Wah, nampaknya SCORE FitMob Festival kini telah kembali. SCORE FitMob Festival ini merupakan salah satu acara Zumba® yang terbesar di Malaysia yang sememangnya akan buat anda berpeluh dan juga sihat. Tak payah nak stress sangat sebab acara yang diadakan ini juga sangat santai!

Bagi anda yang berminat dan tak sabar untuk turut serta dalam acara ini, ia akan diadakan pada 12 November 2016, jam 7.30 malam sehingga 10.30 malam di Selangor Turf Club. Siapa yang berumur 16 tahun ke atas, jom dapatkan tiket di sini.

4- Jom Sihat Dengan Berzumba 90 Minit Tanpa Henti - ROTIKAYA

Bagi anda yang ingin mendapatkan promosi tiket RM85 (harga asal RM100), jom cepat cepat daftar sekarang kerana promosi akan tamat Ahad ini (17 Julai 2016), jam 11.59 malam!

Senaman Zumba® pada malam itu juga bakal diketuai oleh 4 ZES Antarabangsa yang terkenal dan ia merupakan kali pertama mereka berkongsi pentas selama 90 minit. Lebih menarik lagi, anda mampu untuk membakar 1500 kalori sepanjang 3 jam festival kecergasan ini berlangsung.

Malah festival kesihatan ini akan terus dimeriahkan lagi dengan program U-JAM melalui senaman kardio selama 30 minit. Selain itu, sebenarnya banyak lagi acara yang akan diumumkan, jadi jangan lepaskan peluang untuk mengikuti mereka. Pasti havoc habis nanti!

Jom Sertai Fiesta Kecergasan & Berzumba 90 Minit Tanpa Henti_ins - ROTIKAYA

Setiap penyertaan juga melayakkan anda untuk dapat t-shirt rasmi SCORE FitMob Festival, goodies bag, entrance wristband, serta beberapa lagi barangan percuma apabila anda mendaftar. Apa lagi, jom ajak rakan atau pun ahli keluarga untuk turut sama, pasti berbaloi.

Jom Sertai Fiesta Kecergasan & Berzumba 90 Minit Tanpa Henti - ROTIKAYA_baju

Nestlé Fitnesse dan NutriMalt merupakan antara penaja festival ini manakala Selangor Turf Club pula ialah penaja rasmi lokasi. Sementara itu, acara yang turut mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini juga mendapat tajaan jus daripada Tropicana Twister dan rakan media pula ialah A Healthy Lifestyle dan Natural Health.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai festival ini, anda bolehlah klik pautan ini atau ikuti mereka di Facebook, Score Fitness. Untuk lokasi acara, anda boleh gunakan Google Maps (klik sini) atau rujuk gambar di bawah.

2- Jom Sihat Dengan Berzumba 90 Minit Tanpa Henti - ROTIKAYA

Jom layan video teaser SCORE FitMob Festival 2016 yang akan diadakan tidak lama lagi ini. Tak sabar rasanya nak berzumba!

SCORE FitMob Festival 2016Hey fitness fanatics! The most euphoric Fitness Festival is coming your way! The SCORE FitMob Festival returns this November along with its excitingly high energy workouts including Zumba and many more!

Register at http://bit.ly/SCOREFitMobFestival2016

Posted by SCORE Fitness on Tuesday, June 21, 2016



via

Jualan Baju Raya - Koleksi Baju Raya 2016 Trend Terkini.

Download