“Hidup Saya Kosong Tanpa Amyra Rosli”


Sejak melangsungkan majlis pertunangan pada 22 Julai lalu, jelas terpancar kebahagiaan Amar Baharin yang tidak lama lagi bakal bernikah dengan kekasih hatinya, Amyra Rosli. Kebahagiaan itu dapat dilihat apabila Amar telah mendedikasikan sebuah lagu khas buat bakal isterinya berjudul Kita yang turut menceritakan mengenai luahan isi hatinya terhadap Amyra.

BACA: Amar Baharin, Amyra Rosli Selamat Bertunang

“Tak dinafikan kehadirannya membuatkan saya kembali bersemangat. Hari-hari yang dilalui bersama mengukuhkan lagi ikatan cinta kami berdua. Hidup saya berasa kosong tanpanya. Seboleh-bolehnya saya mahu dia sentiasa berada di sisi saya sepanjang masa. Alhamdulillah, selepas apa yang dirancang selama ini, kini akhirnya kisah dua hati ini sudah bersatu”

“Selepas mengenali Amyra saya berasakan dia sangat istimewa. Ada sesuatu dalam dirinya yang membuatkan saya tertarik untuk terus berkawan. Sejak itu saya perlahan-lahan mencuba untuk mengenali hati budinya sehingga terbit rasa cinta. Ditambah pula kami berada dalam satu pengurusan sama membuatkan hubungan itu lebih rapat,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, bercakap pula mengenai persiapan perkahwinan mereka, Amar memaklumkan bahawa proses persiapan masih giat dijalankan, walaupun masih mempunyai masa empat bulan lagi, banyak perkara membabitkan pihak penajaan masih dalam perbincangan. Tambahnya lagi, memandangkan masing-masing begitu sibuk, segala urusan dibuat oleh ibu Amyra.

Pun begitu, menurut Amar buat masa ini masih belum ada sebarang perincian mengenai lokasi mahupun waktu majlis yang bakal diadakan. Pada masa yang sama, Amar mengakui dirinya dapat rasakan debaran menantikan hari bahagia mereka yang bakal tidak lama lagi dan mengharapkan segala perancangan yang diaturkan bersama akan berjalan dengan lancar. (rkty/w)

2- “Hidup Saya Kosong Tanpa Amyra Rosli” - jpeg 3- “Hidup Saya Kosong Tanpa Amyra Rosli” - jpeg 4- “Hidup Saya Kosong Tanpa Amyra Rosli” - jpeg 5- “Hidup Saya Kosong Tanpa Amyra Rosli” - jpeg 6- “Hidup Saya Kosong Tanpa Amyra Rosli” - jpeg 7- “Hidup Saya Kosong Tanpa Amyra Rosli” - jpeg

via

Jualan Baju Raya - Koleksi Baju Raya 2016 Trend Terkini.

Download