“Artis Jadi Miskin Sebab Undang Undang Lemah”


Tergerak untuk turut sama meluahkan perasaan terhadap kenyataan David Teo, Afdlin Shauki selaku insan seni yang sudah masak dengan kerenah dalam industri tersebut menjelaskan terdapat beberapa perkara yang sehingga kini masih lemah selain hanya menguntungkan sebelah pihak.

BACA: Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Afdlin Shauki

9- Artis Jadi Miskin Sebab Undang Undang Lemah - ROTIKAYA

Menerusi kenyataan melalui akaunnya di Facebook yang telah mendapat lebih 4,000 perkongsian tersebut, Afdlin menjelaskan bahawa akan ada pihak yang sentiasa cuba mengambil kesempatan di dalam industri seni selain tiada penguatkuasaan undang-undang yang membela nasib pengkarya.

“Dari zaman dulu sehingga sekarang ada sahaja org nak memanipulasi org seni pasal pada tanggapan ramai org seni ni bodoh dan tak berpelajaran. Oleh kerana wang bukan menjadi motivasi utama, tak bermakna kami bodoh sekarang”

“Shaw brothers ambil semua intellectual property rights yg sepatutnya samada di kongsikan dgn karyawan atau ada peratusan yg masih berhak dituntut oleh karyawan atau warisnya. Saya nak tanya sekarang adakah prektis ini masih berleluasa? Di mana studio masih nak menuntut all rights kepada hasil karya seorang artis itu?”

“Jawapannya YA!!!! RTM, Grand Brilliance, Astro Shaw , media Prima, Astro semua masih mempraktikkan memegang rights harta intelek dari karyawan. Walaubagaimanapun kebelakangan ini astro dan media prima ada mula berkongsi rights dgn penerbit tetapi saya tak tahu berapa meluas”

Tambahnya, disebabkan perkara tersebut juga barisan artis ini tidak dapat meninggalkan apa-apa untuk waris. Selain itu, Afdlin turut membantah kenyataan David dengan menyatakan bahawa masalah bukanlah bermula daripada P.Ramlee namun berpunca daripada kurangnya menghormati hak pengkarya.

“Jadi jawapan kenapa P Ramlee duduk di pinggir bukit bintang En David adalah dia tidak di ‘Protect’ oleh undang-undang negara ini. Dia dieksploitasi oleh studio-studio besar yg mengambil semua harta inteleknya, dan ianya takde kena mengena dgn dia adalah artis yg tak berdisiplin, takde komitmen atau tak tahu menjaga periuk nasinya”

“Malangnya sehingga sekarang masih belum ada rang undang-undang parlimen yg menyatakan studio atau stesyen tv tidak berhak mengambil harta intelek seorang karyawan kecuali karyawan mahu menjual harta intelek itu pada harga yg berbeza dari harga projek tersebut,” katanya. (rtky/s)

1- Artis Jadi Miskin Sebab Undang Undang Lemah - ROTIKAYA 7- Artis Jadi Miskin Sebab Undang Undang Lemah - ROTIKAYA 6- Artis Jadi Miskin Sebab Undang Undang Lemah - ROTIKAYA 5- Artis Jadi Miskin Sebab Undang Undang Lemah - ROTIKAYA 3- Artis Jadi Miskin Sebab Undang Undang Lemah - ROTIKAYA 2- Artis Jadi Miskin Sebab Undang Undang Lemah - ROTIKAYA

via

Jualan Baju Raya - Koleksi Baju Raya 2016 Trend Terkini.

Download