Kerana Tabligh, Kini Ezany Nizariff Perbaiki Amalan


Siapa sangka bermula dengan kejadian terlepas penerbangan ke Kuala Lumpur dari Kangar pada pertengahan tahun lalu membuatkan Ezany Nizariff kini semakin mengenali usaha dakwah yang dibuat jemaah tabligh apabila beliau sendiri mengikuti sekumpulan tabligh di sebuah pulau.

BACA: Ezany Nizariff: Terbukti Bukan Salah Saya

“Semua ini bermula ketika saya terlepas penerbangan ke Kuala Lumpur dari Kangar pada pertengahan tahun lalu. Hendak dijadikan cerita, seorang rakan mahu menumpangkan saya pulang. Saya ikut tetapi dia membawa saya ke Janda Baik kononnya mahu melihat resort mliliknya. Tidak lama selepas itu saya diajak ke Pulau Perhentian”

“Pada mulanya saya terfikir dengan melihat panorama laut akan membantu jiwa saya tenang tetapi lain pula jadinya. Saya menyertai sekumpulan tabligh tidur di masjid pulau itu. Sepanjang bersama saya lihat mereka hanya menunaikan solat jemaah dan melakukan aktiviti harian mengikut sunnah,” katanya kepada Berita Harian Online.

Ezany turut bercerita bagaimana jemaah-jemaah disana yang sanggup meninggalkan kemewahan semata-mata mahu bermalam di masjid terbabit telah menarik perhatiannya. Tambahnya lagi, sepanjang beliau berada disana, jemaah kelihatan hanya menunaikan solat jemaah serta melakukan aktiviti harian mengikut sunnah sahaja.

Sejak pengalaman yang dilaluinya itu, membuatkan Ezany sedar dan mahu memperbaiki amalan ibadatnya. Malah katanya, penyertaan bersama jemaah itu akan dijadikan peluang terbaik untuk mencuba sendiri amalan dakwah seperti menyeru penduduk setempat hadir ke masjid. (rkty/w)



via

MALANG TIDAK BERBAU. ANDA AKAN LEBIH MENYESAL jika perkara ini berlaku SELEPAS anda baca tentang kes ini tetapi TANPA MEMILIKI produk ini.

Download