Setelah terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini, Janna Nick menjelaskan bahawa pengalaman lalu banyak mengajar beliau untuk lebih berhati-hati ketika sebelum melakukan sesuatu perkara. Malah sedikit sebanyak perkara-perkara negatif yang terjadi sebelum ini telah membuka matanya tentang siapakah musuh dan kawan.
BACA: Janna Nick: Saya Tidak Hirau Orang Nak Cakap Apa
“Kontroversi yang berlaku menjadikan saya insan yang lebih baik, ia banyak mengajar saya untuk berhati-hati dan menyedarkan saya siapa kawan dan siapa musuh. Sekarang saya banyak berfikir sebelum bercakap sama ada apa yang saya perkatakan itu disukai atau tidak oleh orang yang mendengar. Tidak semua orang yang sukakan kita”
“Kalau dia sudah beritahu kepada media bahawa dia sudah maafkan saya dan saya sudah maafkan dia maka selesailah. Setakat ini kami belum pernah bertemu dan tidak tahu apa rasa hati masing-masing,” katanya kepada m Star Online mengenai hubungan beliau dengan Ruhainies selepas pergaduhan yang pernah timbul diantara mereka.
Sebelum ini, Janna pernah dihimpit dengan pelbagai kontroversi antaranya kerana bersikap acuh tidak acuh dengan seorang pengacara berpengalaman, kemudian belum lagi reda perkara itu, tidak lama selepas itu beliau dituduh menghasut seorang pengarah drama terkenal untuk mengugurkan nama pelakon Ruhainies di dalam sebuah filem pula.
Pada masa yang sama, Janna sebelum ini pernah menjelaskan bahawa dirinya lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura serta menghiraukan kata-kata negatif orang ramai terhadapnya. Baginya lebih baik beliau menumpukan perhatian kepada perjalanan kerjaya seninya berbanding terlalu ambil pusing terhadap kritikan orang. (rkty/w)
via