“Hamil Di Usia 42 Buat Saya Cepat Letih, Kuat Makan”


Selepas pengumuman hamil tempoh hari lalu, Sharifah Shahirah akui hamil pada usia 40am bukanlah mudah apabila kini beliau kerap mengalami keletihan sejak disahkan hamil anak kelima berbeza dengan pengalaman hamilnya sebelum ini. Malah katanya lagi, beliau juga terpaksa memperbanyakkan berehat dirumah sahaja.

BACA: Sharifah Shahirah Sahkan Hamil Dua Bulan

“Memang berbeza dengan keadaan dulu. Dulu saya tetap bertenaga dan aktif walaupun berbadan dua. Tetapi kali ini mungkin faktor usia juga mempengaruhi tahap stamina dan kesihatan saya. Kalau boleh saya hanya mahu berbaring dan tidur sahaja sepanjang hari. Saya cepat letih dan kuat makan. Sekarang berat saya mencecah 63 kilogram”

“Saya harus berhati-hati dalam aktiviti harian dan menjaga kesihatan terutama pemakanan. Bimbang nanti ada kencing manis dan tekanan darah tinggi. Elok jugalah saya tidak ada tawaran berlakon. Saya pun risau juga terlalu aktif untuk kehamilan kali ini,” katanya kepada Harian Metro sambil menyatakan beliau tidak mengalami alahan teruk.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai kehamilan ini, jelas pengacara itu beliau sudah menjangkakan bahawa dirinya akan hamil lagi pada usia 40an berdasarkan sejarah keluarganya apabila nenek dan ibunya juga mengalami perkara yang sama. Bahkan, kemungkinan adiknya, Sharifah Sakinah juga akan mengalaminya.

Berita kehamilan Sharifah Shahirah didedahkan sejurus selepas beliau dan suami pulang dari mengerjakan umrah pada hujung Februari lalu. Pada ketika itu, beliau sudah pun meluahkan kebimbangannya kerana hamil pada usia yang sudah mencecah 40an, disamping berasa kekok kerana kali terakhir hamil adalah tujuh tahun lalu. (rkty/w)

2- %22Hamil Di Usia 42 Buat Saya Cepat Letih, Kuat Makan%22 - jpeg 3- %22Hamil Di Usia 42 Buat Saya Cepat Letih, Kuat Makan%22 - jpeg 4- %22Hamil Di Usia 42 Buat Saya Cepat Letih, Kuat Makan%22 - jpeg 5- %22Hamil Di Usia 42 Buat Saya Cepat Letih, Kuat Makan%22 - jpeg 6- %22Hamil Di Usia 42 Buat Saya Cepat Letih, Kuat Makan%22 - jpeg 7- %22Hamil Di Usia 42 Buat Saya Cepat Letih, Kuat Makan%22 - jpeg

via

MALANG TIDAK BERBAU. ANDA AKAN LEBIH MENYESAL jika perkara ini berlaku SELEPAS anda baca tentang kes ini tetapi TANPA MEMILIKI produk ini.

Download