Ezzaty Abdullah Dekati Tuhan Sebelum Bernikah


Selepas mengumumkan hari perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada Syawal nanti, Ezzaty Abdullah akui dirinya mahu lebih mendekatkan diri kepada Allah sebelum beliau bergelar isteri kepada Azwan Kombos. Selain itu, orang tuanya juga turut menasihati supaya menjadikan Islam sebagai asas keharmonian rumah tangga.

BACA: Azwan Kombos: Tahun Ini Raya Terakhir Sebagai Bujang

“Perasaannya tinggal sebulan sahaja sebelum menjadi isteri sukar untuk digambarkan bagaimana dan Insya-Allah saya ingin dekatkan diri kepada Allah. Sebulan ini iaitu sepanjang bulan Ramadan saya juga tidak ambil tawaran berlakon untuk berehat di rumah dan buat persiapan akhir sebelum kahwin,” katanya kepada m Star Online.

Sementara itu ketika ditanya mengenai penajaan perkahwinan yang kini telah pun siap 90 peratus, Ezzaty berkata, beliau sebenarnya lebih selesa menggunakan duitnya sendiri untuk melangsungkan majlis itu. Namun begitu, beliau tidak menolak beberapa pihak untuk membuat tajaan terhadap majlis berkenaan.

Tambah pelakon itu lagi, beliau ada menerima beberapa pihak penaja tetapi meletakkan syarat bahawa dirinya akan membayar separuh daripada perbelanjaan itu. Ini kerana baginya adalah lebih elok jika majlis tersebut mengikut perancangan sendiri berbanding pihak penaja. (rkty/w)

1- Ezzaty Abdullah Dekati Tuhan Sebelum Bernikah - jpeg 3- Ezzaty Abdullah Dekati Tuhan Sebelum Bernikah - jpeg 4- Ezzaty Abdullah Dekati Tuhan Sebelum Bernikah - jpeg 5- Ezzaty Abdullah Dekati Tuhan Sebelum Bernikah - jpeg 6- Ezzaty Abdullah Dekati Tuhan Sebelum Bernikah - jpeg 7- Ezzaty Abdullah Dekati Tuhan Sebelum Bernikah - jpeg

via

MALANG TIDAK BERBAU. ANDA AKAN LEBIH MENYESAL jika perkara ini berlaku SELEPAS anda baca tentang kes ini tetapi TANPA MEMILIKI produk ini.

Download