Industri hiburan sering kali melihat ramai pasangan selebriti suami isteri yang bergandingan berlakon bersama didalam sesebuah drama atau filem. Namun berbeza bagi Aeril Zafrel, beliau lebih selesa untuk tidak bergandingan bersama isterinya, Wawa Zainal bagi mengelakkan ada yang berjauh hati kerana sikapnya yang suka menegur dan cerewet.
BACA: Gambar Sekitar Majlis Akikah Anak Kedua Wawa Zainal, Aeril Zafril
“Saya tidak pernah halang Wawa untuk berlakon kerana itu adalah minatnya. Baru-baru ini pun dia ada membintangi drama bersiri Duda Terlajak Laris untuk slot Akasia TV3. Lagipun rasanya Wawa dan pihak produksi lebih tahu watak sesuai untuknya. Cuma, kami tak betah jika digandingkan bersama kerana bimbang nanti saling menegur antara satu sama lain”
“Wawa tak suka berlakon dengan saya memandangkan saya agak cerewet. Silap gaya dia boleh merajuk di lokasi. Bagi saya teguran bagus untuk perbaiki kekurangan yang ada, tetapi dalam keadaan saya dan Wawa, rasanya tidak sesuai. Ia bukanlah masalah besar kerana kami ada pilihan,” katanya kepada Harian Metro Online berhubung perkara berkenaan.
Sementara itu, pada masa yang sama Aeril turut berkongsi tentang sikapnya yang terbuka untuk menerima teguran daripada pihak pengarah jika terdapat sebarang kesalahan atau kekurangan dalam lakonannya. Malah katanya, beliau sendiri berasa tidak selesa jika tidak ditegur oleh pengarah dan mula mempersoalkan mutu lakonannya adakah baik atau sebaliknya. (rkty/w)
via