Abby Abadi Rancang Ambil Anak Angkat?


Jika sebelum ini Abby Abadi pernah memaklumkan satu berita sedih bahawa beliau telah mengalami keguguran semasa menjalani ibadah umrah. Bagaimanapun, menerusi akaun instagram miliknya, beliau telah memuat naik sekeping gambar dengan kepsyen yang menyebut tentang keinginannya untuk mengambil anak angkat.

BACA: Abby Abadi Alami Keguguran Di Madinah

Screen Shot 2016-06-02 at 11.08.30 AM

Perkongsian itu menunjukan suami beliau, Jai Ezzany sedang mendukung seorang bayi lelaki yang dikenali sebagai Adib. Malah kebelakangan ini juga, pasangan suami isteri memang kelihatan kerap memuat naik gambar mereka bersama, seolah-olah mereka kerap meluangkan masa bersama-sama sebagai satu keluarga bahagia.

Justeru, kepsyen yang dimuat naik oleh Abby sendiri yang berhasrat untuk mengambil anak angkat terbukti mungkin ada benarnya selepas banyak foto mereka bersama bayi lelaki comel itu dimuat naik di laman sosial beliau. Tidak salah rasanya jika ia boleh membahagiakan lagi keluarga Abby setelah keguguran baru-baru ini.

Sebelum ini, Abby ada mendedahkan, beliau telah mengalami keguguran ketika menjalani ibadah umrah. Namun, beliau redha dengan apa yang berlaku kerana baginya, Allah lebih mengetahui perancangan terbaik buat dirinya. Difahamkan, Abby mengalami tumpah darah ketika pergi menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi, Madinah. (rkty/w)

- Abby Abadi Rancang Ambil Anak Angkat? - jpeg 2- Abby Abadi Rancang Ambil Anak Angkat? - jpeg 3- Abby Abadi Rancang Ambil Anak Angkat? - jpeg 4- Abby Abadi Rancang Ambil Anak Angkat? - jpeg 5- Abby Abadi Rancang Ambil Anak Angkat? - jpeg 6- Abby Abadi Rancang Ambil Anak Angkat? - jpeg

via

MALANG TIDAK BERBAU. ANDA AKAN LEBIH MENYESAL jika perkara ini berlaku SELEPAS anda baca tentang kes ini tetapi TANPA MEMILIKI produk ini.

Download