Berikutan rakaman video rogol diantara Amar Baharin dan Tiz Zaqyah didalam drama Akadku Yang Terakhir menjadi viral sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai yang menganggap ianya menyinggung sensitiviti penonton, Amar meminta agar penonton tidak ambil serius dengan perkaran itu kerana ia hanyalah lakonan semata.
BACA: Amyra Rosli & Amar Baharin Kahwin November Ini?
“Pada asalnya, pengarah drama tersebut iaitu Amie Maziah ingin memuat naik rakaman video terbabit hanya sekadar promosi drama di Instagram. Tidak disangka, ia akan dikongsi ramai sehingga menjadi viral. Saya tidak faham apabila babak rogol yang lebih menjurus kepada lakonan dan kami masih lagi lengkap berbaju boleh dianggap lucah”
“Saya pelik mengapa ia dipertikai sedangkan semua tahu itu hanya lakonan semata-mata? Pengarah sengaja memuat naik setiap penggambaran babak bagi mempromosikan karyanya. Saya terkejut mengapa hanya babak itu yang menjadi bualan sedangkan video lain langsung tidak dijadikan isu,” jelasnya kepada Berita Harian Online.
Tambahnya lagi, beliau terkilan dengan reaksi masyarakat yang cenderung menilainya dari sudut negatif sedangkan babak itu tiada langsung mempamerkan aksi ghairah diantara mereka. Malah katanya, babak itu juga hanya dimuat naik untuk promosi dan tidak disiarkan di televisyen kerana sudah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Bagaimanapun, Amar menafikan sekerasnya dengan dakwaaan yang mengatakan bahawa babak itu sengaja dimuat naik di laman sosial sebagai satu strategi untuk menaikkan lagi jumlah tontonan drama itu. Namun beliau akui sejak kejadian rakaman panas itu tersebar, drama berkenaan mendapat jumlah tontonan yang agak tinggi. (rkty/w)
Bagi yang belum melihatnya, kami kongsikan bersama anda video pendek tersebut.
via