Dikritik Selekeh, Adira AF Tahu Jaga Nama Suami


Seringkali dikritik kerana imejnya yang disifatkan terlalu selekeh, Adira AF menjelaskan bahawa dia tidak terkesan dengan perkara tersebut kerana sedia maklum apa yang dilakukannya pasti tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

BACA: Dikecam Bercium Pula, Suami Adira AF Tahu Batas

“Biarlah apa orang kata kerana sebagai manusia, kita tidak boleh menutup mulut orang. Lumrah kehidupan sebagai anak seni tidak pernah terkecuali daripada kutukan. Ini kerana hakikatnya, tidak semestinya semua yang dilemparkan itu adalah kata-kata pujian”

“Bercakap soal gaya, saya meminati gaya minimalis dan suka warna hitam. Mungkin ini memperlihatkan saya sering keluar dengan penampilan yang seakan sama. Saya tahu bagaimana hendak menjaga nama baik suami dan status yang disandang sebagai selebriti”

“Namun, mungkin saya lebih gemarkan gaya sederhana dan tidak begitu bijak bergaya seperti sesetengah artis lain,” jelasnya kepada BH Plus. Dalam perkembangan terbaru, Adira bakal muncul dengan produk kosmetik sendiri dan turut mendapat tunjuk ajar suaminya. (rtky/s)

7- Dikritik Selekeh, Adira AF Tahu Jaga Nama Suami - ROTIKAYA 6- Dikritik Selekeh, Adira AF Tahu Jaga Nama Suami - ROTIKAYA 5- Dikritik Selekeh, Adira AF Tahu Jaga Nama Suami - ROTIKAYA 4- Dikritik Selekeh, Adira AF Tahu Jaga Nama Suami - ROTIKAYA 3- Dikritik Selekeh, Adira AF Tahu Jaga Nama Suami - ROTIKAYA 2- Dikritik Selekeh, Adira AF Tahu Jaga Nama Suami - ROTIKAYA

via

MALANG TIDAK BERBAU. ANDA AKAN LEBIH MENYESAL jika perkara ini berlaku SELEPAS anda baca tentang kes ini tetapi TANPA MEMILIKI produk ini.

Download