Azwan Kombos: Tahun Ini Raya Terakhir Sebagai Bujang


Pelakon Azwan Kombos dan pasangannya pelakon Ezzaty Abdullah memberitahu mereka akan berkahwin pada hujung tahun ini tetapi mereka berdua masih mencari tarikh yang sesuai untuk majlis tersebut.

BACA: Azwan Kombos Akui Hantar Rombongan Risik Ezzaty Abdullah

“Raya tahun ini merupakan raya yang terakhir saya sebagai bujang. In shaa Allah kami akan bernikah selepas hari raya tahun ini. Tanggungjawab kita sendiri akan bertambah dan perlu banyak bermuhasabah diri,” katanya kepada Rotikaya sambil ditemani Ezzaty di Majlis Iftar@Intekma kelmarin.

Dalam pada itu, Ezzaty turut berkongsi mengenai persiapan perkahwinan mereka yang dikatakan agak lancar sedikit walaupun mereka berdua sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing.

“Alhamdulillah persiapan berjalan dengan lancar, kerana saya ada team sendiri yang dilantik untuk menguruskan segala hal perkahwinan ini,” katanya yang mengimpikan konsep perkahwinan yang santai. (rtky/h)

7- Azwan Kombos- Tahun Ini Raya Terakhir Sebagai Bujang - ROTIKAYA 6- Azwan Kombos- Tahun Ini Raya Terakhir Sebagai Bujang - ROTIKAYA 5- Azwan Kombos- Tahun Ini Raya Terakhir Sebagai Bujang - ROTIKAYA 3- Azwan Kombos- Tahun Ini Raya Terakhir Sebagai Bujang - ROTIKAYA 2- Azwan Kombos- Tahun Ini Raya Terakhir Sebagai Bujang - ROTIKAYA 1- Azwan Kombos- Tahun Ini Raya Terakhir Sebagai Bujang - ROTIKAYA

via

MALANG TIDAK BERBAU. ANDA AKAN LEBIH MENYESAL jika perkara ini berlaku SELEPAS anda baca tentang kes ini tetapi TANPA MEMILIKI produk ini.

Download