Awal Ashaari & Scha al-Yahya Sambut Ramadhan Di Mekah


Selepas sekian lama menyimpan niat untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, pasangan suami isteri, Awal Ashaari dan Scha al-Yahya meluahkan rasa syukur kerana akhirnya impian mereka berdua tercapai walaupun dulu pernah merancang untuk ke sana namun terpaksa ditangguhkan kerana komitmen kerja.

BACA: Awal Ashaari Jawab Isu Guna Anak Raih Untung

“Jadual kerja yang padat menjadi antara faktor yang membuatkan impian kami untuk menunaikan umrah tertangguh. Alhamdulillah, tahun ini semuanya berjalan dengan lancar dan segala perancangan kami seperti dipermudahkan. Jadi, tiada alasan lagi untuk kami menangguhkannya”

“Kami bakal menunaikan umrah bersama anak, Lara Alana dan ahli keluarga yang lain bermula 12 hingga 22 Jun ini. Kebetulan ada slot kosong untuk kami sekeluarga merasai nikmat berpuasa di Tanah Suci. Bertuah rasanya dapat peluang itu,” katanya kepada Berita Harian Online.

Pada masa yang sama, Awal akui bahawa keputusan membawa Lara bersama dilakukan pada saat-saat akhir kerana bimbang dengan usianya yang masih kecil untuk berjalan jauh. Namun kerana tidak sampai hati berjauhan lama dengannya, mereka membawanya juga bersama-sama penjaga Lara bagi memudahkan urusan umrah.

Terdahulu, Awal dan Scha turut tidak ketinggalan berkoloborasi bersama gedung pakaian terkenal, Jakel sempena sambutan Aidilfitri nanti. Jenama yang dipanggil Schawalara itu menampilkan rekaan sedondon untuk digayakan bersama keluarga yang akan berada di pasaran tidak lama lagi dengan harga yang mampu milik. (rkty/w)

1- Awal Ashaari & Scha al-Yahya Sambut Ramadhan Di Mekah - jpeg 2- Awal Ashaari & Scha al-Yahya Sambut Ramadhan Di Mekah - jpeg 3- Awal Ashaari & Scha al-Yahya Sambut Ramadhan Di Mekah - jpeg 4- Awal Ashaari & Scha al-Yahya Sambut Ramadhan Di Mekah - jpeg 5- Awal Ashaari & Scha al-Yahya Sambut Ramadhan Di Mekah - jpeg 6- Awal Ashaari & Scha al-Yahya Sambut Ramadhan Di Mekah - jpeg

via

MALANG TIDAK BERBAU. ANDA AKAN LEBIH MENYESAL jika perkara ini berlaku SELEPAS anda baca tentang kes ini tetapi TANPA MEMILIKI produk ini.

Download