Semalam telah berlangsung dengan meriahnya satu lagi majlis pelancaran koleksi pakaian raya oleh pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Scha al-Yahya. Namun disebalik kemeriahan itu, ada pihak mendakwa Awal mempergunakan anaknya, Lara Alana untuk meraih keuntungan, bagaimanapun beliau menafikannya.
BACA: Awal Ashaari Pertahan Scha al-Yahya Digelar Bapok
“Rasanya istilah menjual anak agak kasar kerana sebagai ibu-bapa kami sentiasa memastikan tawaran yang datang ditapis terlebih dahulu. Bagi saya tawaran yang datang adalah rezeki beliau dan kebanyakannya tawaran tersebut pula turut melibatkan kami sebagai sebuah keluarga”
“Saya secara dasarnya tidak pernah merancang rezeki anak saya dan Alhamdulillah semua pendapatan saya masukkan ke dalam akaunnya untuk kegunaan masa depan dia,” katanya kepada m Star Online berhubung dakwaan yang dikaitkan apabila Lara menjadi duta produk.
Tambah Awal lagi, sebagai ibu bapa, beliau sememangnya ingin melihat anak perempuannya itu membesar seperti kanak-kanak biasa, jadi oleh disebabkan itu beliau merancang apabila Lara memulakan pra-persekolahan dalam masa dua tahun lagi beliau mahu Lara menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain. (rkty/w)
via