Gara-gara dicium orang ramai, anak kepada Awal Ashaari dan juga Scha al-Yahya iaitu Lara Alana baru-baru ini telah terkena alahan di pipinya. Melalui akaun Instagramnya, kelihatan ruam merah di pipi Lara.
BACA: Awal Ashaari Jawab Isu Guna Anak Raih Untung
Dalam kenyataan di Instagram tersebut, ibu bapa Lara telah menjelaskan bahawa perkara tersebut terjadi kerana terlalu ramai orang yang mencium anaknya selain menafikan bahawa mereka sombong apabila hanya membenarkan orang lain berselfie dengan Lara.
Bagaimanapun, tindakan tersebut seperti biasa menimbulkan perbalahan di kalangan peminat dan juga pengkritik yang mengikuti laman Instagram Lara Alana. Apa pun, sebagai ibu bapa pastinya Awal dan Scha mengharapkan peminat menghormati permintaan mereka. (rtky/s)
via