Selepas menganut agama Islam dan berumah tangga dengan suami tersayang pada hujung tahun lalu, Marsha Milan Londoh menjelaskan bahawa dia tidak mahu lagi mengenakan pakaian seksi seperti dahulu oleh kerana faktor usia yang sudah meningkat.
BACA: Marsha Akui Suami Jagakan Akaun Media Sosial
“Usia sudah 30 tahun, kadang-kadang terfikir juga sampai bila saya hendak seksi lagi kan. Sudah tiba masanya untuk saya lebih serius dengan karakter dan imej terkini selain mengetahui batasan sebagai seorang isteri”
“Tidak mahulah kita bertudung sebab dipaksa, nanti niat hendak tutup aurat jadi macam tidak ikhlas, lagi-lagi saya merupakan seorang mualaf,” katanya kepada Utusan Malaysia apabila ditanya mengenai imej sesetengah selebriti yang tampil bertudung selepas berubah.
Jelasnya lagi, keinginan ingin berubah juga bukan dari kehendak suaminya, Mohamed Shaiful Nizam tetapi lebih kepada kemahuan sendiri. Kata Marsha, dia mahu bertudung di atas hatinya yang ikhlas dan bukanlah di atas desakan dan paksaan dari mana-mana pihak. (rtky/w)