Uqasha Senrose Gelar Hafidz Roshdi Biadap?


Berikutan kenyataan Hafidz Roshdi di Instagram yang telah dipadam, Uqasha Senrose telah membalas kembali perkara tersebut dengan menyifatkan tindakan Hafidz itu sebagai biadap. Dalam kenyataan itu Hafidz meluahkan rasa tidak puas hatinya dan mempersoalkan tindakan Uqasha melibatkan tunangnya didalam pergaduhan itu.

BACA: Uqasha Senrose Sindir Hafidz Roshdi Takutkan Tunang?

IMG_2016-04-14 10:11:22

Sementara itu, menurut Hafidz kepada BH Online, beliau akui berang dengan tindakan Uqasha memuat naik status di Twitter menyindir tunangnya yang cemburu melihat kemesraan mereka di laman sosial. Bagaimanapun, beliau sudah menghubungi Uqasha bagi menyelesaikan perkara itu dan berharap ia tidak lagi berulang.

“Saya bengang kerana beliau mengata tunang saya secara umum dan bagi saya, ia tidak patut berlaku. Saya sudah pun menghubunginya berhubung perkara itu. Apapun saya dan tunang masih baik dan isu yang dibangkitkan Uqasha tidak menjejaskan perhubungan kami,” jelasnya lagi.

Ketika ditanya adakah beliau masih mahu berganding dengan Uqasha sekiranya mendapat tawaran di masa akan datang, Hafidz hanya ketawa dan meminta soalan itu tidak ditanyakan kepadanya buat masa sekarang. Apa pun semoga salah faham ini akan berakhir kelak. (rkty/w)

2- Uqasha Senrose Gelar Hafidz Roshdi Biadap? - jpeg 3- Uqasha Senrose Gelar Hafidz Roshdi Biadap? - jpeg 4- Uqasha Senrose Gelar Hafidz Roshdi Biadap? - jpeg 5- Uqasha Senrose Gelar Hafidz Roshdi Biadap? - jpeg 6- Uqasha Senrose Gelar Hafidz Roshdi Biadap? - jpeg 7- Uqasha Senrose Gelar Hafidz Roshdi Biadap? - jpeg
Download