“Saya Percaya Ada Jodoh Yang Menanti”


Sejak kegagalan rumah tangga dengan bekas suami, arwah Mohd. Faizal Yusup tujuh tahun lalu, Siti Nordiana akui tidak pernah berkecil hati apabila ada pihak mempertikaikan jodohnya yang masih belum tiba dan sentiasa berfikiran positif mengenai perkara itu.

BACA: Siti Nordiana Nafi Bercinta Dengan Pengurus Sendiri

“Menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal membesarkan Muhammad Rayyan Nakhaie seorang diri memberi banyak pengertian hidup buat diri saya. Oleh sebab itu, saya tidak akan terburu-buru untuk segera menamatkan zaman solo. Biarlah orang nak kata apa pun, terpulang kepada mereka. Saya percaya ada jodoh yang menanti”

“Ada orang kata saya memilih lelaki apatah lagi selepas menang Gegar Vaganza. Maklumlah saham tengah naik. Sebenarnya saya tidak sebegitu. Paling penting si dia mesti menerima kehadiran saya dan Ryyan seadanya. Cukup dengan syarat itu untuk mencairkan hati wanita saya,” katanya kepada Utusan Online.

Tambahnya lagi, selepas menjuarai pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza membuatkan beliau masih tidak terfikir mengenai isu perkahwinan. Namun begitu menurut Nana, beliau tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta baru walaupun namanya semakin kembali memuncak selepas memenangi pertandingan itu. (rkty/w)

1- %22Saya Percaya Ada Jodoh Yang Menanti%22 - jpeg 2- %22Saya Percaya Ada Jodoh Yang Menanti%22 - jpeg 3- %22Saya Percaya Ada Jodoh Yang Menanti%22 - jpeg 4- %22Saya Percaya Ada Jodoh Yang Menanti%22 - jpeg 5- %22Saya Percaya Ada Jodoh Yang Menanti%22 - jpeg 6- %22Saya Percaya Ada Jodoh Yang Menanti%22 - jpeg
Download