Putus Cinta, Syazwan Zulkifli Masih Sayang Bekas Kekasih


Selepas insiden mengasari bekas teman wanita sehingga mengalami kecederaan, Syazwan Zulkifli mengakui dirinya masing menyayangi wanita itu. Malah perasaannya juga tidak pernah berubah walaupun hubungan percintaannya bersama pengacara, Shenty Feliziana sudah berakhir lima bulan lalu.

BACA: Syazwan Zulkifli Mengaku Kesilapan, Janji Untuk Berubah

“Sejujurnya dalam diri ini masih ada perasaan cinta dan kasih. Malah, rasa itu tidak pernah berkurang dan hilang walaupun kami bukan lagi pasangan kekasih. Jadi mustahil untuk saya melupakannya dengan sekelip mata. Seandainya suatu hari nanti dia kata nak berbaik dan kembali bersama, saya tidak menolak”

“Walaupun perasaan cinta itu masih kuat dalam diri ini, saya tidaklah sampai tahap nak mengejar atau mencarinya. Saya tahu dia memang nak menjauhkan diri daripada saya apa lagi nak kembali bersama. Bagaimanapun, saya sudah memohon maaf dan bertemu dengannya sebelum menunaikan umrah awal Januari lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, jelasnya lagi beliau tidak malu untuk mengakui bahawa semenjak hubungan itu berkahir, beliau masih tidak dapat menerima hakikat, dan belum bersedia untuk mencari pengganti bekas kekasih. Malah ujarnya lagi, beliau juga mengelak untuk menonton saluran Astro Ria kerana bimbang terpandang wajahnya lagi. (rkty/w)

1- Putus Cinta, Syazwan Zulkifli Masih Sayang Bekas Kekasih - jpeg 3- Putus Cinta, Syazwan Zulkifli Masih Sayang Bekas Kekasih - jpeg 4- Putus Cinta, Syazwan Zulkifli Masih Sayang Bekas Kekasih - jpeg 5- Putus Cinta, Syazwan Zulkifli Masih Sayang Bekas Kekasih - jpeg 6- Putus Cinta, Syazwan Zulkifli Masih Sayang Bekas Kekasih - jpeg 7- Putus Cinta, Syazwan Zulkifli Masih Sayang Bekas Kekasih - jpeg
Download