Sedikit perkongsian :
Bajet dan belanja aku Kat Sana total rm4500 (aku travel dan jenjalan Kat melbourne-lepak backpacker logde-pusing selama seminggu dan Baru ke tempat petik buah Tu...
Kerja sebagai tukang petik buah Ni memang illegal...antara sebabnya tokey ladang xnak Bayar minimum wages yang mana ianya adalah aud15 sejam. (kerja pasaraya susun barang je pun gaji aud19 sejam). Antara lainnya sebab musim buah secara serentak dan susah nak dapatkan pekerja farmer ni (org Sana rasa mcm buruh kasar kot-gaji pun rendah...pekerja am buruh binaan pun gaji aud20-30 sejam.haha)
Ok baik...
Gaji minimum aku pernah dapat aud40 sehari
Gaji maksimum aku pernah dapat aud90 sehari tapi otai Kat Sana ramai kebanyakannya aud90 dan ke atas sehari kerja. (aku bukan otai k - kurang2 kena stay sebulan baru nama otai)
Seminggu sewa Rumah aud90 dan transport aud6-7dolar sehari (mengikut jarak Dari Rumah ke kebun)
Jam kerja 9pagi-5ptg.so ikut korg nak terus kerja atau rehat kejap atau sambil-sambil lewa. (Ada budak yang datang memang nak santai2 je-dapat aud30-40 dah lebih Dari cukup nak hidup Kat Sana...
Harga bahan mentah lebih kurang je macam Kat sini.
Contoh roti aku beli 1bungkus aud0.80-aud2.20
Biasa yang mahal Kat Sana bahan mentah organik so pandai2 Lah nak hidup...
Harga seluar panjang (pants and cargo) dalam aud15.00-aud25.00 je...
Nak ikutkan xmahal pun sebenarnya
Ayam dah proses harga dalam aud3.00-7.00 je sekor...
Kawasan yang aku tinggal Tu Ada masjid...so senang nak solat jumaat. jumpa komuniti muslim Kat Sana.(kalau pandai dan ramah boleh la cuba cari lubang nak dapatkan pr Sana).
Bab solat...yang Ni antara aku lemah sikit...Kat ladang Ada paip tapi bukan tmpt kau petik buah la...kena standby makanan sendiri dan air utk wudhu...
Dan memang...solat koboi la lebih kurang...nak solat atau tak itu terpulang...
Kalau mampus Kat Sana tgh petik buah...solat pun tinggal je...pandai2 Lah jawab salam kubur...
Hati kena kental dan mental...sebab Kat Sana Ada yang melayu makan melayu...cina makan melayu...eh...mana de makan...perumpamaan je...
So...selama aku stay Kat Sana...terus terang cakap aku dtg bukan masa yang tepat...musim sejuk nak mampus...ditambah dgn musim human lagi...dan kurang job orang kata. (entahlah tapi aku masih boleh kerja 5-6hari seminggu)
Bab imegresen Sana...aku kurang pasti...sebabnya...ada yang datang lepas aku aritu kena soal...tapi masa aku jalan...immi Tu baik semacam je...lepas cenggitu je plak...
Jadi masih adakah yang ingin mencuba nasib di Sana???
Kiraan Mudah :
Katalah sehari aud50(minimum)
Aud50 x 6 hari seminggu = aud300
Tolak aud 90 + 6 x 6 + 20 = aud 151
Aud90 utk tempat tinggal
Aud6x6 transport
Aud20 utk makan
Jadi jumlahnya aud 300 - aud 151 = 149 seminggu (minimum aud50 sehari)
Katalah korg boleh buat 100sehari tambahkan lagi aud300...
Kiralah sendiri...