JACOBABAD - Seorang pengantin perempuan berusia 17 tahun dicekik sampai mati oleh suaminya pada malam perkahwinan mereka, Sabtu lalu.
Lapor Tribune Pakistan, mangsa mati dicekik oleh lelaki itu kerana sudah tidak dara lagi.
Khanzadi, anak perempuan Lal Mohammad Lashari, berkahwin dengan sepupunya, Qalandar Bux Khokhar pada malam sebelum badannya ditemui tidak bermaya di bilik tidur.
Suspek, suami mangsa, telah melarikan diri, meninggalkan mangsa.
Ibu mangsa berkata, mereka gagal menghubungi anak mereka pada waktu pagi selepas hari perkahwinan mereka.
Dengan bantuan adik mangsa, Ali Sher Lashari, polis masuk ke dalam rumah mereka dan mendapati mangsa dalam keadaan tidak bermaya di katil. Manakala, suaminya telah menghilangkan diri.
Ali Sher mendakwa, kakaknya telah dicekik sehingga mati oleh Qalandar dan empat beradiknya. Ibu mangsa memberitahu Qalandar Bux dan Khanzadi adalah sepupu dan perkahwinan itu juga adalah persetujuan mereka.
Menurut sumber-sumber di kawasan itu berkata, Qalandar membunuh isterinya sendiri kerana mangsa sudah tidak dara lagi. Manakala yang lain pula mendakwa, berlaku pertengkaran di antara mereka kerana majlis perkahwinan tertangguh disebabkan adat-adat tertentu.

Related Posts :
'Johor KELUAR Malaysia' - Penjelasan TMJ Isu Arah Turun Bendera Malaysia Di Seluruh JohorMenjelaskan mengenai arahan penurunan bendera hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim menafikan dakwaan dan spekulasi seseten… Read More...
PANAS ! Lepas Dikecam Teruk , Adik Neelofa Buat PENGAKUAN Berani Mati Pulak !Gara-gara menyuarakan pendapatnya mengenai perbezaan antara sekolah antarabangsa dan sekolah kerajaan yang menerima kecaman daripada warga l… Read More...
Kesilapan TERBESAR Yg Terjadi Pada Majlis Resepsi Syatilla & Shaheizy, Takkan Takda Yg Perasan?.Semalam, telah berlangsung majlis resepsi pasangan pelakon Shaheizy Sam, 34 dan Syatilla Melvin, 25 di Bukit Jawi Golf Villa, Pulau Pinang.… Read More...
Anda Pernah Berhutang ? Ini Cara Untuk Tengok Sama Ada Anda Telah DISEKAT Untuk Keluar NegaraKepada para graduan yang sudah mendapat pekerjaan dan masih belum membuat pembayaran semula pinjaman PTPTN, disini anda boleh menyemak statu… Read More...
Subhanallah ! Status Facebook Amin Seperti Sudah Tahu Dia Akan Mati Dengan Cara Macam Ni !Pemilik restoran nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cuci kenderaan, Syed Amen Jainul Abidin, 46, yang maut pagi tadi … Read More...