MENGENAI KES VIRAL 'SAYA','PUAN' ATAU 'DR' INI JAWAPAN BALAS (PUAN DR) TERSEBUT BUAT AMRAN FANS SENTAP!!!!


MENGENAI KES VIRAL 'SAYA','PUAN' ATAU 'DR' INI JAWAPAN BALAS (PUAN DR) TERSEBUT BUAT AMRAN FANS SENTAP!!!!





    Salam
    Saya memohon sepenuh kemaafan sekiranya ada pihak yang tersinggung, kecewa dan marah-marah dengan update FB saya pada tarikh 4hb Apr lepas yang menyentuh tentang adab berhubungan antara pelanggan dan pembeli, berdasarkan pengalaman saya sendiri.

    Saya ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian ramai pihak yang meluangkan masa untuk memberikan maklumbalas - sama ada yang positif atau yang negatif terhadap update tersebut.
    Saya sedar, teguran seperti itu dalam ruangan FB ini akan menerima respon yang pelbagai, bergantung kepada kefahaman dan persepsi masing-masing.
    Sekali lagi, saya memohon maaf sekiranya saya mengganggu keten
    teraman sesiapa. Tiada sedikitpun niat saya untuk meninggikan diri dan gelaran yang diamanahkan Allah SWT kepada saya. Sekiranya ada nada takabbur dan sombong di dalam update tersebut, saya mohon keampunan Allah SWT yang akan mengadili saya kerana saya tahu sifat takabbur itu hanyalah milik Allah SWT.

    Dalam masa yang sama, saya memaafkan sesiapa sahaja yang mengeluarkan komen yang kurang manis untuk dibaca, serta sangkaan buruk yang dilemparkan kepada saya. Saya yakin kalau mereka ada peluang untuk mengenali saya dengan lebih dekat, persepsi mereka terhadap saya akan berbeza.
    Saya juga ucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang menghantar PM secara peribadi ke kotak pesanan saya untuk tujuan mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang apa yang saya
    maksudkan dalam teguran saya itu. Kehadiran golongan ini memberikan saya harapan bahawa masih ada manusia yang mengikuti apa yang Allah pesankan di dalam Al Quran untuk mendapatkan penjelasan (tabayyun) sebelum membuat kesimpulan.
    Sekali lagi terima kasih,

    Mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan.

    Download