Pelakon kacak Malaysia, Keith Foo mendakwa beliau sebenarnya mengimpikan untuk menimang dua cahaya mata bagi menyerikan lagi hubungan perkahwinannya bersama isteri, Kim Raymond sejak mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.
BACA: Perkahwinan Tidak Gugat Populariti Keith Foo
“Saya inginkan dua cahaya mata tapi kalau dapat ramai pun saya bersyukur. Saya berharap isteri hamil, kalau dia hamil saya sangat bersyukur. Kalau belum, mungkin belum ada rezeki lagi,” katanya kepada portal hiburan My News Hub mengenai keinginannya untuk mempunyai zuriat.
Sementara itu, Keith juga mendedahkan bahawa beliau selesa melantik isterinya sendiri sebagai pengurus yang merencanakan aktiviti seninya kerana ia lebih memudahkan komunikasi di antara satu sama lain. Malah katanya lagi, kalau bergaduh pun senang, sesama sendiri sahaja.
Dalam perkembangan kerjaya pula, Keith Foo nampaknya akan bergandingan dengan pelakon cantik, Uqasha Senrose di dalam teater pertamanya, Ombak Rindu. Teater berkenaan bakal dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya bermula 22 April hingga 1 Mei ini. (rkty/w)