Ezany Nizariff: Terbukti Bukan Salah Saya


Pelakon, Ezany Nizariff menganggap keputusan mahkamah berhubung permohonan nusyuz atau perintah kembali taat terhadap isterinya, Lizda Nuryanti Abidin yang berpihak padanya adalah bukti beliau bukanlah punca pergolakkan rumah tangga seperti yang didakwa isterinya sebelum ini.

BACA: Isteri Ezany Nizariff Disabitkan Nusyuz Oleh Pihak Mahkamah

“Jika dia berada di pihak benar dia patut hadir ke mahkamah ketika diminta berbuat demikian bagi mempertahankan diri tetapi dia tidak pernah sekali pun muncul. Sebaliknya dia membuka aib kepada media, sepatutnya dia beritahu kepada hakim apa sahaja dia rasakan tidak betul tentang rumah tangga kami dan biar hakim membuat keputusan”

“Keputusan dibuat mahkamah membuatkan saya lega kerana ia kemenangan besar buat saya selepas dituduh dengan pelbagai dakwaan tidak benar menerusi kenyataannya di media,” katanya kepada m Star berhubung kegagalan bekas isterinya untuk hadir ke mahkamah.

Jelasnya lagi, beliau juga akan berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan kekal untuk dua anak mereka yang kini tinggal dibawah jagaan Lizda. Malah untuk makluman, Ezany juga sudah hampir dua tahun tidak bertemu dengan anak-anak mereka.

Sementara itu, Ezany juga menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak pernah terfikir untuk kembali berbaik dengan bekas isterinya itu sebaliknya keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah menjadi titik tolak kepadanya untuk berpisah dengan isterinya itu. (rkty/w)

Download